Berita Hiburan
Filem Gantung: Musketeer Code angkat kisah persahabatan, duka remaja ke layar perak
KUALA LUMPUR 13 Mei - Drama bersiri Gantung The Series yang pernah mencuri perhatian penonton Malaysia dan Indonesia pada tahun 2018 kini diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul Gantung: Musketeer Code, terbitan Neddo Works.
Adaptasi daripada novel popular Gantung karya Nadia Khan ini mengisahkan kehidupan empat sahabat – Gibbs, Ray, Troll dan KJ – yang melalui tahun akhir mereka di sebuah sekolah elit. Siri ini meninggalkan kesan mendalam kepada peminat, justeru filem terbaharu ini direalisasikan sebagai jawapan kepada permintaan ramai agar kisah novel pertama ditamatkan dengan sempurna.
Menurut Nadia Khan yang juga bertindak sebagai penerbit, penulis skrip dan pengarah filem tersebut, projek ini lahir hasil sokongan padu peminat. Menerusi kempen crowdfunding yang bermula pada Januari 2020, mereka berjaya mengumpulkan RM200,000 melalui penjualan barangan seperti buku Musketeers, t-shirt dan cenderamata.
Bagaimanapun, pandemik COVID-19 memberi cabaran besar kepada pembikinan filem ini. Nadia menjelaskan, meskipun berdepan kekangan dan kelewatan, mereka tetap meneruskan projek ini kerana menganggap ia sebagai amanah daripada para peminat yang setia menunggu. Penggambaran akhirnya berjaya dijalankan pada Disember 2023 hingga Januari 2024.
Gantung: Musketeer Code membawa penonton menyelami kisah empat sahabat yang dituduh menjadi punca kepada kematian tragis seorang pelajar perempuan yang menggantung diri di auditorium sekolah. Naskhah ini bukan sekadar menyentuh soal misteri dan tragedi, tetapi turut mengangkat tema persahabatan, tekanan jiwa, dan realiti kehidupan remaja di sekolah elit.
Filem ini menampilkan pelakon popular seperti Ikmal Amry, Ben Amir, Hafreez Adam, Brandon Salim dari Indonesia dan Shazia Rozaini. Turut membintangi filem ini ialah pelakon berpengalaman seperti Bront Palarae dan Sofia Jane, bersama penampilan istimewa beberapa nama besar dalam industri. Watak Gibbs dan Farah yang sebelum ini dilakonkan oleh Randy Pangalila dan Mentari de Marelle telah digantikan oleh Ben Amir dan Shazia Rozaini.
Nadia menegaskan bahawa filem ini masih boleh diikuti oleh penonton yang belum menonton siri TV atau membaca novelnya. Meskipun terdapat beberapa perbezaan dari segi penceritaan, filem ini tetap setia dengan semangat asal novel memandangkan beliau sendiri merupakan penulis asal dan pengarah.
Menurutnya lagi, filem ini membawa mesej universal tentang persahabatan, kesetiaan dan kesilapan dalam usia muda – sesuatu yang boleh dihayati oleh pelbagai lapisan penonton. Ia bukan sahaja mengimbau kenangan zaman persekolahan, tetapi turut mengetengahkan bagaimana keputusan yang dibuat pada usia remaja boleh memberi kesan jangka panjang.
Dengan sokongan padu daripada pembaca, penonton siri, serta warga industri, Nadia berharap Gantung: Musketeer Code akan mendapat tempat di hati penonton apabila ditayangkan kelak. Filem ini dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 5 Jun 2025. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
