Berita Hiburan
Konsert holografik Glenn Fredly bakal gegar Zepp Kuala Lumpur 18 Julai depan
KUALA LUMPUR 5 Mei - Alunan suara Glenn Fredly pernah membuai jutaan jiwa, dan meskipun beliau telah tiada, karya-karyanya terus hidup dan mengisi ruang rindu para peminat.
Kini, setelah kejayaan luar biasa konsert “Glenn Fredly 25 Years of Music: Holographic Performance” di Jakarta dua tahun lalu, giliran peminat Malaysia pula merasai keajaiban muzik Glenn menerusi persembahan holografik istimewa yang bakal diadakan pada 18 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur.
Penganjur konsert, Premier Live Productions, menjanjikan malam yang penuh emosi, kenangan dan cinta melalui “Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia” – satu penghormatan ikhlas buat legasi Glenn yang kekal merentasi zaman.
Dalam konsert ini, teknologi hologram akan menghidupkan kembali figura Glenn Fredly di atas pentas, seolah-olah beliau kembali menyapa peminat secara langsung dengan semangat dan senyumannya yang tak lekang.
Rangkaian lagu-lagu ikonik seperti "Kasih Putih", "Januari", "Akhir Cerita Cinta", "Sedih Tak Berujung" dan "Terserah" bakal dimainkan semula, menghidupkan semula kisah cinta, kehilangan dan harapan yang menjadi nadi karya Glenn selama ini.
Menurut Ibram Putra, wakil penganjur, “Bait liriknya yang puitis dan melodi penuh jiwa telah menyentuh hidup ramai orang. Warisannya bukan hanya pada karya muzik, tetapi pada nilai-nilai yang diperjuangkannya – keberagaman, perdamaian dan kemanusiaan.”
Lebih istimewa, konsert ini turut menampilkan Mutia Ayu (isteri Glenn Fredly), Ryan D’Masiv, serta artis tempatan Noh Salleh dan Nadira Adnan yang akan bergabung dengan band pengiring asal Glenn, The Bakuucakar, dalam satu persembahan tribute yang menyentuh hati.
“Ini bukan sekadar hiburan. Ia adalah ruang suci untuk kita mengenang, merenung dan merayakan cinta serta pesan damai yang Glenn tinggalkan,” tambah Ibram.
Sementara itu, Anuar Osman daripada Matahari Sdn. Bhd., rakan promotor konsert, berkata pihaknya yakin peminat Glenn Fredly di Malaysia menantikan saat ini untuk melepaskan rindu dan menghargai karya-karyanya secara langsung.
Konsert ini dijangka menjadi peristiwa bersejarah dalam landskap muzik Asia Tenggara – bukti bahawa teknologi mampu menjadi jambatan antara kenangan dan masa depan.
Tiket konsert dijual bermula RM188 dan boleh didapati di www.ticket2u.com. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Instagram rasmi:
@premierlivepro, @bumientertainment, @musikbagusrecords, dan @glennfredlymusik. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
