Berita Hiburan
Hafidz Roshdi lepas, bebas sepenuhnya kes cederakan bekas isteri
KUALA KUBU BHARU 13 Mei - Pelakon Hafidz Roshdi hari ini dilepas dan dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, dua tahun lalu.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri mengeluarkan perintah itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pengadu tidak lagi berhasrat untuk meneruskan kes berkenaan.
Peguam mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, keputusan mahkamah untuk memberikan perintah 'Acquittal and Discharge' (A&D) atau dilepas dan dibebaskan sepenuhnya dibuat atas dasar keadilan setelah pengadu menarik balik laporan polis dan menyatakan dengan jelas tidak mahu meneruskan pendakwaan.
"Jika hanya diberi DNAA (Discharge Not Amounting to Acquittal), Hafidz masih boleh dituduh semula pada bila-bila masa.
"Ini tidak adil kerana pengadu sendiri sudah menyelesaikan perkara ini secara baik, laporan sudah ditarik balik dan ada perintah persetujuan daripada mahkamah," katanya.
Menurut Akberdin, pihaknya telah hadir ke mahkamah sebanyak 11 kali sejak kes bermula pada 2023, termasuk bagi sebutan dan perbicaraan.
"Hari ini sepatutnya hari bicara, namun pengadu tetap tidak hadir. Sebelum ini, dia tidak hadir atas alasan berada di luar negara dan mahkamah sudah memberikan tarikh akhir iaitu hari ini.
"Wang jaminan sebanyak RM4,000 turut dipulangkan kepada penjamin, iaitu bapa Hafidz," katanya.
Sementara itu, Hafidz yang ditemui selepas prosiding melahirkan rasa lega dan bersyukur atas penamatan kes tersebut.
"Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT, kepada nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Itu yang pertama sekali. Saya rasa sangat bersyukur. Saya rasa sangat-sangat lega.
"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada peguam, Akberdin dan pasukan, ibu bapa, peminat yang menyokong saya, keluarga dan wartawan yang datang tadi. Terima kasih datang.
"Terima kasih kepada semua. Itu yang saya ingin ucapkan. Sebab bagi saya, kita nak teruskan ke hadapan. Kita tak nak bermusuhan. Kita tak nak apa-apa.
"Kita nak selesai secara baiklah. Alhamdulillah. Semuanya selesai dengan baik hari ini," katanya.
Terdahulu, pada 20 Januari lalu, mahkamah mengarahkan Nurul Shuhada untuk hadir selepas gagal menghadirkan diri pada tarikh perbicaraan sebelumnya. Beliau sebelum itu telah menarik balik laporan polis dan menyatakan tidak mahu meneruskan kes berkaitan insiden mencederakan dirinya pada 6 Julai tahun lalu.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
