Berita Hiburan
Baru 4 bulan kahwin, isteri Fikry Ibrahim fail cerai
KUALA LUMPUR 19 Jun – Belum pun mencecah setengah tahun, perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim, kini dilanda badai apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.
Siti Khalizah, 37, dilihat hadir ke mahkamah sekitar jam 9.40 pagi hari ini dengan berpakaian serba hitam, ditemani peguam syarie, Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib.
Menurut Wan Muhammad Afiq, prosiding hari ini melibatkan sebutan tuntutan dan permohonan perceraian, namun beliau tidak pasti sama ada Fikry akan hadir.
“Ya, saya tak nampak dia lagi,” katanya kepada pihak media.
Setakat tengah hari, kelibat Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, masih belum kelihatan di mahkamah.
Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 12 Februari lalu dalam satu majlis tertutup di sebuah masjid di Jitra, Kedah.
Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak berhubung punca keretakan rumah tangga mereka setakat ini.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
