Berita Berita
PDRM terima RM11.33 Bilion dalam belanjawan 2025, 18 projek baharu diluluskan
KUALA LUMPUR 25 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima peruntukan sebanyak RM11.33 bilion dalam Belanjawan 2025, meliputi dasar sedia ada, program khusus, dan pembangunan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan bahawa sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti di bawah anggaran perbelanjaan mengurus.
Selain itu, sebanyak 18 projek pembinaan baharu termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai polis, perumahan, dan fasiliti lain telah diluluskan dengan nilai keseluruhan RM2.3 bilion. Projek ini akan dilaksanakan di bawah Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi tahun 2025.
"Jumlah ini adalah yang tertinggi pernah diluluskan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ia sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani dalam membangunkan negara yang mampan serta berteraskan nilai daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Dalam pada itu, Razarudin menyatakan bahawa PDRM menyambut baik usaha kerajaan dalam memperkasakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang diyakini mampu meningkatkan kesejahteraan penjawat awam.
"PDRM tetap teguh menyokong setiap dasar kerajaan, dan yakin bahawa pembaharuan yang diperkenalkan adalah demi kebaikan bersama," katanya.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 8:32 pm
Alasan gaduh dengan isteri, suami orang ditahan berkhalwat di rumah janda
April 2, 2026, 8:25 pm
Gagal kawal kenderaan, Toyota Vios dipandu guru rempuh kantin sekolah
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
