TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dr. Maza tolak cadangan masjid, kuil dibina bersebelahan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Mac - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menolak cadangan untuk membina masjid dan kuil bersebelahan, dengan merujuk kepada insiden ketegangan agama yang pernah berlaku di Kampung Rawa, Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi, beliau yang dikenali sebagai Dr. Maza mengingatkan bahawa isu kuil yang dibina berdekatan masjid di Kampung Rawa pada tahun 1998 telah mencetuskan konflik dan pergaduhan antara penganut agama.

“Jangan cuba cadangkan satu penyelesaian yang bakal membawa ketegangan, bahkan kemusnahan yang tidak akan berkesudahan,” katanya.

Isu Kuil di Jalan Masjid India Selesai

Sebelum ini, isu membabitkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila pihak pengurusan kuil bersetuju untuk berpindah ke lokasi baharu, kira-kira 50 meter dari tapak asal.

Kontroversi ini timbul apabila tapak asal kuil tersebut telah menjadi hak milik Kumpulan Jakel, yang merancang untuk membina sebuah masjid di lokasi itu.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis pecah tanah dan peletakan batu asas bagi pembinaan Masjid MADANI di tapak wakaf milik Jakel tersebut. - Media Telus

+ - reset