Berita Berita
Kematian prebet kes terpencil, jarang berlaku - Khaled Nordin
KUALA LUMPUR 27 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kematian anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21, dari Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) sebagai insiden yang jarang berlaku.
Menurutnya, kementerian sedang menjalankan siasatan terperinci bagi memahami punca sebenar kejadian yang berlaku di sebuah kem tentera di Miri, Sarawak pada Isnin lalu.
“Kita tidak pernah mendengar kes sebegini, sebab itu kita mahu kaji dengan mendalam,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di sini, hari ini.
Beliau menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi memastikan siasatan dilakukan secara telus.
“Kami tidak akan berkompromi dalam hal seperti ini. Hasil siasatan akan menjadi panduan untuk mengelakkan insiden serupa daripada berulang,” tambahnya.
Mohamed Khaled juga mengingatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang kesimpulan terburu-buru atau mengaitkan kes ini dengan insiden lain, termasuk yang pernah berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Sebelum ini, Tentera Darat Malaysia mengesahkan bahawa laporan awal bedah siasat mendapati punca kematian Muhammad Muqriz adalah akibat trauma tumpul pada dada. Siasatan awal juga menunjukkan terdapat unsur ‘manhandling’ yang dipercayai menjadi punca kematiannya.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, dua anggota 20 RAMD berusia 22 dan 24 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut dan direman sehingga 2 April bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 8:32 pm
Alasan gaduh dengan isteri, suami orang ditahan berkhalwat di rumah janda
April 2, 2026, 8:25 pm
Gagal kawal kenderaan, Toyota Vios dipandu guru rempuh kantin sekolah
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
