Berita Berita
Anwar puji Mydin, bangga usaha turunkan harga barang sempena Aidilfitri
SUBANG JAYA 27 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian pelbagai pihak dalam usaha menurunkan harga barangan menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.
Menurutnya, pencapaian ini merupakan yang pertama kali dalam sejarah sejak beliau mula aktif dalam pentadbiran negara pada era 1980-an hingga 1990-an.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menyatakan bahawa kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara sektor swasta, termasuk rangkaian pemborong dan peruncit halal seperti Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).
Beliau turut mengesahkan bahawa tidak berlaku kekurangan bekalan barangan keperluan menjelang Aidilfitri kali ini, sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.
"Saya sudah menjadi menteri sejak 1980-an dan pernah mempengerusikan jawatankuasa Kabinet mengenai kawalan harga menjelang perayaan besar seperti Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina. Namun, ini adalah kali pertama harga barangan terkawal, tiada kekurangan bekalan, malah harga menurun untuk beberapa barangan utama seperti telur dan keperluan lain," katanya selepas merasmikan Kempen Turun Harga dan Peletakan Logo Malaysia MADANI di Pasaraya MYDIN, di sini, hari ini.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali; serta Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin.
Perdana Menteri turut memuji usaha syarikat swasta, termasuk MYDIN, yang memainkan peranan dalam memastikan harga barangan terkawal, bukan hanya bagi barangan dalam senarai harga kawalan, tetapi juga keperluan lain.
"Saya berterima kasih kepada KPDN, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, serta syarikat seperti MYDIN yang membantu mengurangkan harga barangan di pasaran. Mereka turut melaksanakan Jualan Rahmah MADANI dan kawalan harga yang dipantau kementerian, yang terbukti memberi manfaat kepada rakyat," tambahnya.
Berita berkaitan
May 6, 2026, 9:36 pm
Geng Shafik tumpas, kaut RM1.6 juta seludup migran Bangladesh
May 6, 2026, 9:28 pm
Jawi ajak orang ramai imarah Program Quranic Madani di Bukit Bintang Jumaat in
May 6, 2026, 9:21 pm
Rafizi Ramli yakin pelaburan RM1.1 bilion dengan Arm Holdings ikut prosedur
May 6, 2026, 9:17 pm
Lapan kenderaan terperangkap banjir kilat di ibu negara
May 6, 2026, 9:13 pm
Padini tegaskan individu ditahan SPRM bukan kakitangan syarikat
May 6, 2026, 7:53 pm
Harga RON95, diesel naik 5 sen
May 6, 2026, 3:55 pm
Syahir Sulaiman cabar pimpinan DAPSY berdebat isu model 'ekonomi-konsert'
May 6, 2026, 3:50 pm
