Berita Berita
Polis siasat bapa dua beradik cedera akibat main mercun bola 'kuat'

JITRA 27 Mac – Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua kanak-kanak cedera akibat bermain mercun di Kuala Nerang, baru-baru ini, yang menyebabkan salah seorang daripada mereka kudung tangan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata lelaki itu ditahan pada 24 Mac lalu bagi siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
“Polis kini melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media sempena Aidilfitri 2025 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, hari ini.
Menurut Fisol, siasatan awal mendapati mercun yang digunakan bukan jenis bunga api yang dibenarkan pihak berkuasa.
“Ini mercun bola yang kuat. Bukan sahaja membahayakan mereka yang bermain, malah bunyinya boleh mengganggu orang di kawasan sekeliling.
“Kita sudah ada dua kes di Kedah iaitu di daerah Padang Terap dan Kubang Pasu. Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak bermain mercun secara berbahaya. Tumpukan kepada ibadah dan elakkan tragedi pada malam-malam terakhir Ramadan,” katanya.
Jika didapati bersalah, lelaki terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun atau denda sehingga RM50,000 atas kesalahan memiliki bahan letupan. Jika didapati membiarkan kanak-kanak dalam situasi berbahaya, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Sementara itu, mangsa utama yang berusia tujuh tahun masih menerima rawatan rapi di Hospital Sultanah Bahiyah, manakala adiknya yang berusia empat tahun telah dibenarkan pulang.
Berita berkaitan
June 29, 2025, 9:03 am
Tiga maut, seorang kritikal bot terbalik di Pulau Perhentian
June 28, 2025, 10:30 pm
Dua warga emas maut, 9 cedera termasuk bayi dalam kemalangan 5 kenderaan di Kota Tinggi
June 28, 2025, 7:33 pm
Bayi lelaki baru lahir dibuang dalam plastik di tepi jalan dekat masjid di Kuala Selangor
June 28, 2025, 7:15 pm
Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily ditukar ke AKPS, M Kumar bakal ambil alih
June 28, 2025, 12:53 pm
Pendaki Malaysia parah jatuh 200 meter di Gunung Rinjani
June 28, 2025, 11:06 am
Orang ramai terkejut jumpa mayat terapung di Tasik Danau Kota
June 28, 2025, 10:47 am
Ada mangsa lain rupanya, 2 lagi pelajar MRSM Besut ditahan terlibat kes buli
June 28, 2025, 10:05 am
Pelajar Tingkatan 4 lemas ketika mahu lepaskan mata kail tersangkut di Sungai Besut
June 28, 2025, 8:44 am
Siap sedia, cuaca panas di seluruh negara bermula hari ini
June 27, 2025, 4:49 pm