Berita Berita
Budak 12 tahun hancur tangan kiri, main mercun ubah suai sendiri di Tumpat
KOTA BHARU 27 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera parah apabila tangan kirinya hancur dan muka mengalami luka akibat letupan mercun di Tumpat, semalam.
Kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika mangsa bermain mercun yang diubah suai bersama dua rakannya. Bagaimanapun, kedua-dua rakan mangsa tidak mengalami kecederaan.
Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata mangsa segera dikejarkan ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.
Dr Zaini turut mendedahkan bahawa sebanyak 23 kes berkaitan mercun telah direkodkan sepanjang Ramadan ini.
Daripada jumlah itu, 13 mangsa dimasukkan ke wad, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Hospital Tanah Merah dan Jeli masing-masing mencatatkan tiga kes, Hospital Bachok dua kes, manakala beberapa hospital lain merekodkan satu kes setiap satu," katanya.
Beliau mengingatkan ibu bapa supaya lebih peka dan mengawasi anak-anak mereka agar tidak bermain mercun atau bunga api berbahaya.
"Jika mahu bermain, pastikan ia mercun yang selamat dan tidak diubah suai. Mercun yang diubah suai biasanya mempunyai letupan lebih kuat dan boleh mengundang bahaya bukan sahaja kepada pemain, tetapi juga orang di sekeliling," katanya.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
