Berita Berita
Zamri Vinoth direman dua hari keluar komen berunsur hasutan berkaitan kuil di FB
KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pendakwah bebas Zamri Vinoth direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina agama dan mengganggu ketenteraman awam di laman sosial Facebook.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Kangar, Perlis sekitar jam 9.30 pagi tadi," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Zamri ditahan pada jam 3.30 petang di Kangar, Perlis, selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 62 tahun pada jam 6.30 petang kelmarin.
Menurut laporan, pengadu mendakwa membaca komen di media sosial yang dimuat naik menggunakan akaun atas nama Zamri Vinoth.
Komen tersebut didakwa mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu, berhubung hasil rundingan mengenai penempatan semula tapak sebuah kuil di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Berikutan itu, pihak polis menahan Zamri serta merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan lanjut.
Siasatan masih diteruskan bagi menentukan tindakan lanjut terhadap individu terbabit.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
