Berita Berita
Jualan biskut raya Penjara Wanita Kajang cecah RM1 juta
PETALING JAYA 28 Mac - Jualan biskut raya di Galeri Produk My Pride, Penjara Wanita Kajang berjaya meraih hasil jualan sehingga RM1 juta selepas menerima sokongan tinggi daripada orang awam.
Galeri jualan yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan barangan hasil kerja tangan penghuni penjara itu menjadi tular selepas dipromosikan oleh pempengaruh media sosial, Tun Laila.
Perkara itu dikongsikan menerusi media sosial rasmi Galeri Produk My Pride sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai atas sokongan mereka. Sejak video promosi tersebut tular di TikTok, ramai pengunjung mula membanjiri galeri bagi mendapatkan produk buatan penghuni penjara.
Di ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut serta memuji usaha Tun Laila.
“Tun Laila dah boleh jadi duta Penjara Wanita Kajang sebab video dia buat orang tahu apa yang ada di sana,” kata seorang pengguna.
“Dengan hasil jualan ini nanti penghuni akan dapat makan sedap. Terima kasih rakyat Malaysia kerana berkongsi rezeki,” ujar seorang lagi netizen. - Media Telus
Berita berkaitan
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
