Berita Berita
Warga emas ditemui baring bawah payung di Taman Medan

KUALA LUMPUR 31 Mac - Seorang warga emas lelaki ditemui baring tanpa berbaju di bawah payung di Taman Medan, Petaling Jaya, dalam kejadian yang tular di media sosial.
Video yang dimuat naik ke laman Facebook Komuniti Taman Dato Harun & Kg. Medan menunjukkan lelaki tersebut kelihatan seperti sedang tidur. Difahamkan, kelibatnya dirakam oleh penduduk sekitar yang baru pulang daripada menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi tadi.
Individu yang merakam video berkenaan menyeru ahli keluarga atau waris warga emas itu untuk segera mengambilnya, kerana bimbang akan keselamatannya dalam cuaca panas.
“Minta tolong jika ada ahli keluarga yang mengenali warga emas ini. Jika tiada, kami akan membawanya ke balai polis atau hospital. Kesian, panas-panas di pagi raya,” ujar perakam video tersebut.
Menurut maklumat di ruangan kapsyen hantaran berkenaan, warga emas itu telah dibawa oleh pihak berkuasa atau ambulans untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 19, 2025, 1:24 pm
Sidang Kemuncak ASEAN: Hampir 800 anggota trafik kawal lalu lintas di KL
May 19, 2025, 1:19 pm
Rafizi beri petanda jawatan Menteri Ekonomi makin hampir ke penghujung
May 19, 2025, 1:14 pm
Ketibaan pelancong China ke Pulau Pinang meningkat lebih 200% tahun lalu
May 19, 2025, 12:50 pm
Pemandu lori nahas FRU dibebaskan dengan jaminan RM6,000
May 19, 2025, 12:02 pm
Projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka ditangguh, dijangka siap 2031
May 19, 2025, 11:11 am
Remaja 14 tahun hilang selepas tinggalkan nota luah hasrat mahu berdikari
May 19, 2025, 10:58 am
Pelajar tingkatan tiga SMK Bukit Indah ditemui selamat selepas dilaporkan hilang
May 19, 2025, 10:50 am
Pemandu Hilux dakwa sakit kepala sebelum rempuh tiga kenderaan di Gopeng
May 19, 2025, 10:40 am
Nik Nazmi nafi kerajaan pusat lengahkan SOP perlombongan REE
May 18, 2025, 2:26 pm