Berita Berita
Projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka ditangguh, dijangka siap 2031

PETALING JAYA 19 Mei - Projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak bersebelahan Hospital Melaka yang bernilai RM726 juta dijadualkan untuk dimulakan tahun depan, dengan jangkaan siap sepenuhnya pada tahun 2031, menurut Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Akmal Saleh.
Projek ini sebelum ini dijadualkan bermula awal tahun ini namun mengalami penangguhan susulan proses notis perubahan (Notice of Change - NoC) yang melibatkan penambahan kos akibat penambahbaikan sistem.
“Sebelum proses tender, kita dapati peruntukan RM699 juta tidak mencukupi berikutan keperluan untuk menaik taraf beberapa sistem. Justeru, kita memohon tambahan RM27 juta melalui NoC kepada Kementerian Ekonomi pada Disember lalu,” kata Dr Akmal menerusi hantaran di Facebook.
Beliau memaklumkan bahawa permohonan tambahan itu telah diluluskan bulan ini, sekali gus membolehkan projek dimulakan tahun depan.
Hospital berkapasiti 746 katil itu dijangka dapat mengurangkan beban dan kesesakan yang dihadapi Hospital Melaka ketika ini.
Isu Klinik Percuma Diangkat Semula
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Akmal turut membangkitkan semula janji Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu yang dibuat Ketua Pembangkang Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub untuk menubuhkan sebuah klinik percuma bagi penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban.
“Semasa PRN, Dr Yadzil berjanji untuk buka klinik percuma di Jasin. Sekarang saya ingin tahu apa statusnya? Adakah janji itu masih relevan atau sekadar manifesto pilihan raya?” soal Dr Akmal.
DUN Bemban merupakan salah satu daripada enam kawasan DUN di bawah Parlimen Jasin, bersama Merlimau, Rim, Asahan, Sungai Rambai dan Serkam. - Media Telus
Berita berkaitan
May 19, 2025, 4:38 pm
6 lebuh raya dan 25 jalan utama ditutup sementera sempena Sidang Kemuncak ASEAN
May 19, 2025, 4:31 pm
Kementerian Pertahanan siasat dakwaan cermin tingkap pecah akibat latihan udara LIMA’25
May 19, 2025, 4:20 pm
Pempengaruh media sosial mengaku bersalah ceroboh rumah di Nilai
May 19, 2025, 3:48 pm
Lori terbalik, muatan kayu hempap kereta di Kajang
May 19, 2025, 3:42 pm
50% kes kehilangan MyKad libatkan belia - Hannah Yeoh
May 19, 2025, 3:33 pm
Penyalahgunaan dadah kritikal, 192,857 penagih direkodkan di Malaysia
May 19, 2025, 3:30 pm