TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Telur Malaysia paling murah di Asia Tenggara, subsidi bakal dihentikan Ogos Ini

By
|
Kongsi
image

 

 

KUALA LUMPUR 18 Mei – Malaysia kini mencatatkan harga telur ayam paling rendah di Asia Tenggara, dengan harga serendah RM0.42 sebiji, menjadikannya lebih murah berbanding beberapa negara jiran.

Perbandingan harga itu dikongsi menerusi hantaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) cawangan Terengganu di media sosial, yang menunjukkan perbezaan ketara dengan negara lain di rantau ini. Misalnya, Thailand mencatatkan harga sekitar RM0.52 sebiji, Kemboja RM0.87, Myanmar RM0.84, Filipina RM0.94, manakala Vietnam paling tinggi iaitu RM1.03 sebiji.

Namun, dalam perkembangan terbaharu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi telur ayam mulai 1 Ogos ini, selaras dengan usaha menyasarkan semula bantuan subsidi secara lebih mampan.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), kawalan harga telur juga akan dihentikan, manakala kadar subsidi sedia ada akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula esok, sebelum dihentikan terus.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan komitmen industri yang bersetuju memastikan bekalan telur ayam kekal mencukupi dan stabil, dengan kos pengeluaran yang kini lebih terkawal.

“Ini terbukti ketika musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini apabila bekalan telur mencukupi dan harga kekal kompetitif,” jelas kenyataan itu.

KPKM turut menjelaskan bahawa langkah menamatkan kawalan harga dan subsidi ini adalah penting bagi menjamin kelangsungan industri pengeluar telur tempatan serta kedudukan kewangan negara dalam jangka masa panjang. 

+ - reset