Berita Berita
Pakar forensik sahkan Zayn Rayyan meninggal dunia akibat jerutan di leher
PETALING JAYA 8 April - Pakar forensik mengesahkan bahawa punca kematian Zayn Rayyan Abdul Matin, kanak-kanak autistik berusia enam tahun, adalah akibat jerutan di leher.
Dr Rohayu Shahar Adnan, Pakar Perubatan Forensik Hospital Pasir Gudang, memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa bedah siasat menunjukkan jerutan cukup kuat sehingga menghalang kemasukan oksigen ke paru-paru dan otak, sekali gus menyebabkan kematian.
Beliau menjelaskan, kesan jerutan jelas dilihat melalui lebam pada otot leher dan kelenjar tiroid, dan tidak menunjukkan mangsa mati akibat lemas.
Selain itu, bedah siasat turut menemui kesan trauma tumpul dan tajam pada tubuh mangsa termasuk di bahagian mata, dahi, bibir, belakang kepala, dada serta anggota badan lain. Mangsa juga mengalami luka koyak dan lelasan di bahagian dubur, dipercayai akibat kemasukan objek tumpul.
Bagaimanapun, Dr Rohayu menjelaskan bahawa kecederaan-kecederaan tersebut, termasuk objek asing dalam rongga pernafasan dan perut mangsa, tidak menyebabkan kematian secara langsung.
“Tiada luka pertahanan ditemui pada jasad mangsa,” tambahnya.
Keterangan ini dikemukakan dalam perbicaraan terhadap ibu bapa mangsa, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, masing-masing berusia 30 tahun, yang didakwa mengabaikan Zayn Rayyan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa berlaku antara 5 hingga 6 Disember 2023 di kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai dan berhampiran sungai, di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Perbicaraan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh akan bersambung pada Rabu. - Media Telus
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
