Berita Berita
DBKL saman 5 kontraktor korek jalan tak ikut SOP

KUALA LUMPUR 30 April – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan lima kompaun terhadap lima syarikat kontraktor yang menjalankan kerja mengorek jalan di ibu negara kerana pelbagai kesalahan termasuk tidak mematuhi prosedur kerja.
DBKL dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, tindakan itu diambil menerusi Ops Korekan Jalan yang dijalankan bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di sekitar Parlimen Segambut, Bukit Bintang dan Kepong pada 25 April lalu.
Menerusi operasi itu, DBKL menjalankan pemeriksaan terhadap kontraktor yang menjalankan kerja mengorek jalan secara tidak mematuhi prosedur kerja yang betul dan pelbagai kesalahan lain.
"Sebanyak lima syarikat kontraktor yang sedang menjalankan kerja penambahbaikan di lima lokasi berbeza telah disemak kelulusan permit, prosedur kerja dan lain-lain lagi, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam terjaga."
Hasil semakan mendapati beberapa pelanggaran berlaku dan lima notis tawaran kompaun telah dikeluarkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-Undang Kecil (UUK) Pengangkutan Bahan 1997 atas pelbagai kesalahan.
Selain itu, CIDB turut mengeluarkan satu notis tawaran kompaun kerana kontraktor gagal mendapatkan kelulusan CIDB bagi menjalankan kerja penambahbaikan.
"Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti."
Orang awam yang ingin membuat aduan boleh menyalurkan maklumat menerusi portal rasmi DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my.
Berita berkaitan
September 3, 2025, 10:30 pm
Gempa bumi lagi, kali ini gegar Sri Medan, Parit Sulong petang tadi
September 3, 2025, 10:25 pm
Elak subsidi 'bocor', rakyat perlu imbas Mykad untuk beli minyak masak paket, petrol RON95 - Fuziah
September 3, 2025, 9:13 pm
'Saya sendiri pun terperanjat' - MB N Sembilan nafi terlibat isu pembatalan ceramah Ustaz Wadi di Seremban
September 3, 2025, 7:49 pm
Wanita cuba 'peluk' Sultan Perak dirujuk ke Hospital Bahagia - Polis
September 3, 2025, 7:28 pm
Anggota TUDM hilang rupanya menyorok kerana terlanggar kenderaan pegawai
September 3, 2025, 7:20 pm
Pakar Forensik dedah Zara Qairina alami kecederaan otak kritikal ketika sampai hospital
September 3, 2025, 7:08 pm
KDN diminta teliti aspek keselamatan program dihadiri Raja-Raja Melayu
September 3, 2025, 6:51 pm
Johari Abdul Ghani ketuai Pasukan Khas UMNO teliti RUU Pembaharuan Semula Bandar
September 3, 2025, 6:45 pm
Harga RON95, RON97 dan diesel kekal
September 3, 2025, 5:14 pm