Berita Berita
KDN diminta teliti aspek keselamatan program dihadiri Raja-Raja Melayu

PUTRAJAYA 3 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) diarahkan meneliti dan memperkukuh aspek keselamatan, khususnya bagi program rasmi yang dihadiri Raja-Raja Melayu.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan, arahan itu susulan insiden cubaan seorang wanita menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ketika sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, Ahad lalu.
“Dalam mesyuarat hari ini, insiden yang berlaku di Ipoh turut dibincangkan, khususnya aspek keselamatan.
“KDN telah diminta meneliti langkah-langkah bagi mempertingkat kawalan keselamatan, terutama melibatkan kehadiran Raja-Raja Melayu, agar tidak timbul keadaan yang tidak diingini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita tempatan ditahan selepas cuba menyerang Sultan Nazrin di pentas utama ketika baginda berangkat menghadiri sambutan rasmi Hari Kebangsaan peringkat negeri. - Media Telus
Berita berkaitan
September 5, 2025, 11:21 pm
Pendakwah mualaf Kedah terima Anugerah Khas Maulidur Rasul
September 5, 2025, 10:06 pm
Tak beri muka peniaga degil, DBKL sita skuter, mainan halang laluan di Chow Kit
September 5, 2025, 9:51 pm
Warga asing tinggal lebih masa bawah 90 hari akan dikompaun serta-merta
September 5, 2025, 9:26 pm
Malaysia hantar 20,000 al-Quran bahasa khmer ke kemboja
September 5, 2025, 9:19 pm
JAINJ tangkap dua pasangan khalwat di Segamat dan Benut
September 5, 2025, 9:11 pm
Gudang bateri lama di Tanjung Minyak terbakar, 60 peratus musnah
September 5, 2025, 8:56 pm
Remaja Britain hilang sejak Jun lalu ditemui selamat di Kuala Lumpur
September 5, 2025, 8:41 pm
Pemandu lori tikam diri, reka cerita disamun selepas guna wang syarikat untuk judi
September 5, 2025, 8:40 pm