Berita Berita
Johari Abdul Ghani ketuai Pasukan Khas UMNO teliti RUU Pembaharuan Semula Bandar

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pasukan khas itu diberi mandat untuk meneliti serta memperhalusi setiap aspek RUU PSB secara terperinci sebelum ia dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar.
“Konvensyen Melayu Bandar ini akan menghimpunkan kepimpinan tertinggi UMNO dari seluruh negeri dan bahagian, selain turut melibatkan parti-parti politik Melayu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik serta masyarakat sivil.
“Resolusi yang dicapai kelak akan diserahkan terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Konvensyen Melayu Bandar dijadual berlangsung pada penghujung September ini dan dilihat sebagai platform penting untuk menyatukan pandangan serta cadangan bagi memperkukuh pembangunan bandar yang lebih inklusif, tersusun dan lestari. - Media Telus
Berita berkaitan
September 5, 2025, 11:21 pm
Pendakwah mualaf Kedah terima Anugerah Khas Maulidur Rasul
September 5, 2025, 10:06 pm
Tak beri muka peniaga degil, DBKL sita skuter, mainan halang laluan di Chow Kit
September 5, 2025, 9:51 pm
Warga asing tinggal lebih masa bawah 90 hari akan dikompaun serta-merta
September 5, 2025, 9:26 pm
Malaysia hantar 20,000 al-Quran bahasa khmer ke kemboja
September 5, 2025, 9:19 pm
JAINJ tangkap dua pasangan khalwat di Segamat dan Benut
September 5, 2025, 9:11 pm
Gudang bateri lama di Tanjung Minyak terbakar, 60 peratus musnah
September 5, 2025, 8:56 pm
Remaja Britain hilang sejak Jun lalu ditemui selamat di Kuala Lumpur
September 5, 2025, 8:41 pm
Pemandu lori tikam diri, reka cerita disamun selepas guna wang syarikat untuk judi
September 5, 2025, 8:40 pm