TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gempa bumi lagi, kali ini gegar Sri Medan, Parit Sulong petang tadi

By
|
Kongsi
image

BATU PAHAT 3 Sept - Satu lagi gempa bumi lemah berlaku di Sri Medan, Parit Sulong, petang tadi sekali gus merekodkan gegaran kelapan sejak kejadian pertama berlaku di Segamat pada 24 Ogos lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web memberitahu, gempa bumi lemah itu berlaku kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng.

Menurut MetMalaysia, gempa itu berpusat pada koordinat 1.95 darjah Utara, 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi ini.

Gempa pertama berlaku dengan kekuatan 4.1 magnitud, diikuti 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos); 3.4 magnitud (29 Ogos); 2.7 magnitud (30 Ogos) dan 2.9 magnitud, pada 31 Ogos lalu.

+ - reset