Berita Berita
Bekas Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Guru Mohd Baqi Othman meninggal dunia
KUANTAN 7 Mei – Bekas Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Guru Mohd Baqi Othman, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah (SASMEC), di sini awal pagi Rabu.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi dan jenazahnya telah dibawa untuk diuruskan di Masjid Kampung Jengka Batu 13 sebelum disolatkan selepas solat Zohor di Madrasah Darul Ridhwan, Kampung Lanting, Chenor. Jenazah seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lanting.
Ketua Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih, menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat umat Islam di Malaysia, khususnya di negeri Pahang. Menurut beliau, Allahyarham merupakan tokoh alim yang disegani serta murabbi ummah yang telah mewakafkan seluruh kehidupannya dalam bidang dakwah, pendidikan dan perjuangan Islam.
Tuan Guru Mohd Baqi pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Pahang dari tahun 1994 hingga 2001. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat dan Yang Dipertua Pas Kawasan Maran dari 1991 hingga 2013. Sepanjang penglibatannya dalam politik, Allahyarham juga pernah bertanding sebanyak tiga kali dalam Pilihan Raya Umum bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor.
Dilahirkan pada 12 Julai 1940 di Kampung Kening, Chenor, Allahyarham dikenang bukan sahaja kerana ilmunya yang mendalam, tetapi juga kerana sifat warak, tawaduk dan istiqamah dalam perjuangan. Sepanjang hayatnya, beliau telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan Islam seperti Pondok Darul Ridzuan, Madrasah Sa’adah ad-Daraini di Temerloh serta Maahad Tahfiz Majalis Ilmi Wa Tarbiah yang menawarkan pengajian tahfiz, akademik dan bahasa Arab, Inggeris serta Cina.
Allahyarham turut mengasaskan Maahad Tahfiz Al-Istiqamah (MTIS), yang merupakan kesinambungan kepada usaha pendidikan Islam bersepadu di negeri ini. Atas jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan pelbagai penghargaan termasuk Tokoh Ulama Istiqamah Pas sempena Muktamar Tahunan Pas ke-65 pada tahun 2019, Anugerah Tokoh Ulama di Muktamar Dewan Ulama Pas Pahang tahun 2014 serta dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 1442 Hijrah pada tahun 2020.
Allahyarham juga telah dipilih oleh Penerbitan Universiti Malaya untuk disenaraikan sebagai salah seorang daripada lapan tokoh pemikir Islam dalam buku bertajuk Ketokohan dan Sumbangan Pemikir Islam Alam Melayu.
Pemuda Pas Pahang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan para murid Allahyarham, serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para anbiya’, siddiqin, syuhada’ dan solihin. - Media Telus
Berita berkaitan
April 9, 2026, 8:39 pm
Terkejut ada orang buang bayi baru lahir atas sofa depan rumah di Klang
April 9, 2026, 7:20 pm
Dakwaan nepotisme tidak berasas, Dr. Dzulkefly tarik balik saman terhadap Najib
April 9, 2026, 5:51 pm
Kerajaan suntik RM310 juta perkukuh industri filem, kandungan kreatif tempatan
April 9, 2026, 5:47 pm
Tiada niat fitnah, Najib akui Dr. Dzulkefly tidak terlibat amalan nepotisme
April 9, 2026, 5:38 pm
PKR belum bincang gesaan tindakan terhadap Rafizi Ramli - Fahmi
April 9, 2026, 3:28 pm
Rumah terbuka Aidilfitri oleh bukan Islam harus jika patuhi syarat, elak premis ibadat
April 9, 2026, 3:23 pm
Pembela sokong larangan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh persatuan tokong
April 9, 2026, 1:59 pm
Kerajaan digesa teliti semula moratorium bersasar bantu rakyat
April 9, 2026, 1:44 pm
