TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bayi 2 bulan parah dipercayai didera sudah sedar, minum susu guna tiub - Polis

By
|
Kongsi
image

MELAKA 8 Mei - Bayi lelaki berusia dua bulan yang sebelum ini dilaporkan kritikal dipercayai akibat didera ibu bapanya kini menunjukkan perkembangan positif selepas mula sedar dan minum susu melalui tiub.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata meskipun bayi itu masih lemah, keadaannya semakin baik dan dia masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Melaka.

“Ia perkembangan yang baik selepas bayi berkenaan tidak sedarkan diri sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sebelum ini, ibu dan bapa bayi berkenaan, masing-masing berusia 22 tahun, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera di sebuah rumah di Sungai Petai, Alor Gajah.

Siasatan awal mendapati si ibu mendakwa bayinya diserang sawan sebelum tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Alor Gajah, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

Bagaimanapun, pemeriksaan pakar termasuk imbasan CT mengesan kesan kecederaan lama dan baru pada kepala, selain luka dan lebam di badan serta leher mangsa, mendorong laporan polis dibuat atas syak berlaku penderaan.

+ - reset