TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

(VIDEO) Polis percaya Datin Seri Pamela masih di Malaysia, tiada rekod keluar negara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Mei - Datin Seri Pamela Ling Yueh, yang dilaporkan dilarikan berhampiran Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu, dipercayai masih berada dalam negara.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berdasarkan semakan rekod Jabatan Imigresen Malaysia yang mendapati tiada pergerakan keluar negara atas nama wanita terbabit.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH

“Berdasarkan rekod imigresen, Pamela dipercayai masih berada dalam negara. Namun jika dia berada di luar negara, kemungkinan besar dibawa keluar melalui laluan haram atau ‘lorong tikus’,” katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rusdi, polis kini sedang menggunakan semua aset sedia ada untuk menjejaki wanita berkenaan serta pihak yang terbabit dalam kejadian penculikan tersebut.

Pihak polis turut menjalinkan kerjasama rapat dengan agensi penguat kuasa lain bagi mempercepatkan siasatan dan usaha pengesanan. - Media Telus

+ - reset