Berita Berita
Penghantar Makanan maut rempuh lembu melintas di Kota Tinggi
KOTA TINGGI, 15 Mei – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu yang sedang melintas jalan di Kilometer 5, Jalan Lok Heng – Mawai, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi ketika mangsa, lelaki tempatan berusia 49 tahun, sedang dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar ke Felda Lok Heng.
Menurut beliau, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dipercayai gagal mengelak haiwan berkenaan yang tiba-tiba melintas jalan di lokasi kejadian.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
