Berita Berita
Polis buru suspek kes gaduh berkumpulan di Jalan Kebun Sultan
KOTA BHARU, 29 Mei – Polis Kelantan sedang giat mengesan semua suspek terlibat dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Jalan Kebun Sultan, di sini, pada awal pagi Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya mula menyiasat insiden itu selepas video pergaduhan berdurasi satu minit 25 saat dimuat naik ke laman sosial Facebook pada Rabu, sekitar jam 1.40 tengah hari.
“Satu laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian ini. Siasatan awal mendapati ia berlaku pada 23 Mei lalu kira-kira jam 4.27 pagi di kawasan Jalan Kebun Sultan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan video tersebut memaparkan sekumpulan lelaki turun dari dua buah kenderaan sebelum menyerang dan memukul beberapa individu di lokasi kejadian.
Polis masih menyiasat punca sebenar pergaduhan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata atau objek berbahaya.
Mohd Rosdi turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan meminta saksi kejadian agar tampil membantu pihak polis.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 8:32 pm
Alasan gaduh dengan isteri, suami orang ditahan berkhalwat di rumah janda
April 2, 2026, 8:25 pm
Gagal kawal kenderaan, Toyota Vios dipandu guru rempuh kantin sekolah
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
