Berita Berita
Edar dadah, pengusaha salun, suami, ahli keluarga berdepan hukuman mati
PASIR MAS 10 Julai – Seorang pengusaha salun dan kedai makan dikenali sebagai ‘Yuyu’ bersama suaminya serta tiga ahli keluarga lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Khamis atas tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram dadah jenis methamphetamine (pil kuda) di tiga lokasi berasingan pada 27 Jun lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh iaitu Mohd Faizal Ismail, 35; isterinya, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34; Mohamad Farid Ismail, 33; Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 39; dan Mohamad Asmawi Janudin, 25; selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Difahamkan, Mohd Faizal dan Mohamad Farid merupakan adik-beradik, manakala Mohamad Asmawi adalah anak saudara mereka.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Faizal didakwa mengedar 115 gram methamphetamine dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di lorong simpang tiga Jalan Gajah Mati, Kampung Banggol Chicha, kira-kira jam 11.15 pagi.
Pertuduhan kedua pula melibatkan Mohd Faizal dan isterinya, Nur Ayu Fatihah, yang didakwa mengedar 112 gram methamphetamine di rumah mereka di kampung sama, pada jam 11.30 pagi hari yang sama.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama mengedar 19,866 gram methamphetamine di kawasan kandang lembu di belakang sebuah rumah di Kampung Banggol Chicha, sekitar jam 4.30 petang.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak melebihi 15 kali, jika tidak dijatuhkan hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimi, manakala Mohd Faizal dan isterinya diwakili peguam Mohd Norazihan Adnan. Tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 26 Oktober depan bagi sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia. – Media Telus
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
