Berita Sukan
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
JOHOR BAHRU 31 Julai – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang mendakwa kelab itu semakin berjaya merapatkan jurang dengan JDT.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Tunku Ismail – yang juga Pemangku Sultan Johor – menyifatkan kenyataan tersebut sebagai cubaan untuk mengaburi penyokong sendiri.
"Terangkan kepada saya Johan, bagaimana Selangor merapatkan jurang?
Kalau nak tutup kegagalan sendiri pun, janganlah sampai cuba bodohkan penyokong sendiri. Penyokong Selangor berhak dapat lebih baik," katanya.
Tunku Ismail turut berkongsi statistik pertemuan dan pencapaian kedua-dua pasukan dalam beberapa musim lalu yang jelas menunjukkan kelebihan besar memihak kepada JDT.
Antaranya termasuk:
-
Liga Super 2023: JDT mendahului Selangor dengan 15 mata
-
Liga Super 2024/2025: Beza meningkat kepada 28 mata
-
Final Piala Malaysia 2022: Selangor kalah 1-2
-
Musim 2023: Selangor tewas 0-4, 0-4 dan 0-2 dalam pertemuan menentang JDT
-
Musim 2024/2025: Kalah 0-3 di laman sendiri dan 1-6 dalam final Piala FA – kekalahan terbesar dalam sejarah kejohanan itu
Kenyataan Tunku Ismail itu hadir susulan wawancara Dr Johan Kamal yang menyatakan bahawa Gergasi Merah kini berada di landasan yang betul untuk menyaingi dominasi JDT, khususnya dalam saingan Liga Super.
Bagaimanapun, Tunku Ismail berpandangan sebaliknya dan menganggap kenyataan tersebut tidak berlandaskan realiti serta mengecewakan para penyokong setia Selangor. – Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
