Berita Sukan
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
KOTA BHARU 18 Mei – Kemelut tunggakan gaji yang membelenggu pasukan Kelantan The Real Warriors (KTRW) kini dilaporkan berada pada tahap yang amat kritikal sehingga menjejaskan kelangsungan hidup asas barisan pemain dan kejurulatihan pasukan.
Pendedahan berani itu dibuat oleh jurulatih kecergasan KTRW, Kamarul Dinis Kamarudin yang mengakui isu kegagalan membayar gaji selama empat bulan berturut-turut telah meletakkan seluruh skuad dalam keadaan tertekan dan tersepit.
Susulan kekalahan 1-2 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi penutup tirai Liga Super, Kamarul menggesa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTRW, Datuk Mohd Irwan Rizal bersama pengurusan tertinggi kelab untuk segera tampil melunaskan tunggakan demi menjaga kebajikan pemain.
“Saya harap daripada CEO sendiri dapat selesaikan isu gaji ini. Ini bukan benda lain, ia berkaitan soal kebajikan pemain, tanggungjawab mereka dan bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan harian,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
Beliau turut mendedahkan situasi menyedihkan di sebalik tabir apabila ramai pemain kini menjadi sasaran institusi kewangan selain berdepan tindakan undang-undang akibat kegagalan melunaskan komitmen bulanan.
“Bila tiada gaji macam ini, semuanya terkesan. Bank kejar, pinjaman berlesen kejar, kereta kena tarik. Pemain import, lokal ada yang dihalau dari rumah. Walaupun sudah empat bulan, kami masih cuba bertahan dan masih turun beraksi demi membawa nama Kelantan," jelasnya.
Kamarul menambah, beliau terpaksa menggunakan pendekatan psikologi dengan memotivasi para pemain supaya terus memamerkan aksi terbaik di atas padang sebagai 'portfolio' bagi menarik minat kelab lain menjelang musim hadapan.
KTRW menamatkan saingan sengit Liga Super musim ini di tangga ke-12 dengan sekadar mengutip 15 mata keseluruhan hasil daripada empat kemenangan sahaja.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
