Berita Sukan
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
KUALA LUMPUR 30 Mei – Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terus mencipta sensasi apabila menyamai rekod kebangsaan miliknya dengan catatan 10.09 saat (s) pada aksi suku akhir Kejohanan NCAA Track & Field East Regional di Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
Olahraga Malaysia (MA) menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan kejayaan itu turut menyaksikan atlet berusia 22 tahun tersebut melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama mara ke Grand Final NCAA bagi acara individu 100 meter (m) yang dijadual berlangsung di Oregon bulan depan.
Azeem yang mewakili Universiti Auburn terlebih dahulu mempamerkan petanda positif apabila mencatat masa 10.13s pada pusingan pertama bagi mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir kejohanan berkenaan.
Beliau kemudiannya berjaya meningkatkan prestasi pada aksi suku akhir dengan catatan 10.09s, sekali gus menyamai rekod kebangsaan yang pernah dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada tahun 2022.
Prestasi konsisten yang dipamerkan sepanjang musim di Amerika Syarikat itu mengukuhkan lagi status Azeem sebagai antara sandaran utama negara dalam acara pecut lelaki, bersama-sama Danish Iftikhar Muhammad Roslee, menjelang beberapa kejohanan utama termasuk Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September depan.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
