Berita Sukan
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 19 Mei — Sejarah baharu tercipta dalam arena sukan negara apabila gandingan dinamik badminton, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, disahkan mendominasi Anugerah Sukan Negara 2025 sebagai Olahragawan dan Olahragawati Negara.
Pengiktirafan berprestij itu hadir susulan kebangkitan konsisten pasangan beregu campuran tersebut yang kini muncul sebagai antara sandaran utama Malaysia di pentas badminton dunia.
Pemilihan mereka sebagai penerima anugerah utama ini didorong oleh pencapaian luar biasa dan konsisten di pentas antarabangsa sepanjang musim lalu.
Mereka mencipta impak besar selepas muncul sebagai beregu campuran pertama Malaysia yang berjaya merangkul gelaran Juara Dunia di Paris.
Tang Jie dan Ee Wei turut membuktikan kelas tersendiri dengan menjuarai Terbuka Australia, Masters Indonesia, serta muncul sebagai naib juara di Masters China.
Kejayaan ini turut diraih hanya seminggu selepas mereka dinobatkan sebagai Atlet Terbaik di Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2025.
Majlis gilang-gemilang itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebagai pemenang kategori utama, Tang Jie dan Ee Wei masing-masing membawa pulang trofi, piala iringan, sijil penghargaan, serta hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.
Tang Jie berjaya mengetepikan saingan sengit daripada jaguh sukan lain seperti Si Shin Peng (wushu) dan Muhammad Rafiq Ismail (tenpin boling).
Sementara itu, Ee Wei menewaskan pencabar terdekatnya, termasuk bintang wushu Tan Cheong Min dan Natasha Mohamed Roslan (tenpin boling).
Ketika ditemui pihak media, Tang Jie dengan rendah diri mendedikasikan kemenangan tersebut buat seluruh peminat sukan tanah air.
“Trofi ini bukan sahaja untuk diri saya tapi untuk rakyat Malaysia,” kata Tang Jie.
“Terima kasih kepada keluarga, media dan negara kerana sokong kami tak kira menang atau kalah,” kata Ee Wei ketika sidang media hari ini.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
