Berita Viral
'Shame on you bro!' - Caprice 'naik angin' anak Datuk K undang lelaki ada kes pukul sebagai tetamu podcast
KUALA LUMPUR 31 Julai - Personaliti media sosial dan penyanyi rap, Caprice meluahkan kemarahan terhadap usahawan Asyraf Khalid selepas menjemput seorang lelaki yang didakwa pernah mencederakan beberapa individu sebagai tetamu dalam sebuah episod podcast.
Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli, menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, menyelar tindakan Asyraf kerana memberi ruang kepada lelaki tersebut yang dikenal pasti sebagai seorang jurulatih kecergasan.
Dalam satu hantaran lain, Caprice turut memuat naik gambar kecederaan yang didakwa dialami oleh beberapa mangsa lelaki terbabit.
“Memalukan kerana memberi lelaki ini platform. Dia belasah dan ugut 6++ orang Malaysia. Kita terima ugutan bunuh, dan lelaki ini yang awak pilih untuk bagi platform?”
Caprice juga berkongsi tangkap layar mesej perbualan antara dirinya dan Asyraf di aplikasi WhatsApp, menunjukkan reaksi tidak puas hati terhadap keputusan Asyraf mengundang individu tersebut ke dalam podcast berkenaan.
Sebelum ini, Caprice pernah mendedahkan beberapa isu serius melibatkan tokoh-tokoh terkenal termasuk dakwaan ‘sexual grooming’ oleh seorang penyanyi lelaki terhadap pelakon cilik, serta pendedahan tentang seorang CEO syarikat yang menghantar gambar tidak senonoh kepada remaja. - Media Telus
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
