Berita Sukan
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
JOHOR BAHRU 2 Ogos – Bekas penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Farizal Marlias, optimis skuad Harimau Selatan mampu melangkah jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini, malah berpotensi menjejakkan kaki ke separuh akhir.
Beliau berkata, gabungan pemain import, pemain warisan serta persiapan rapi di bawah bimbingan ketua jurulatih, Xisco Munoz, mampu mendorong pasukan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir.
“Tak sabar untuk melihat JDT musim baharu ini. Ramai pemain keluar dan masuk, tetapi persediaan mereka sangat baik.
“Sasaran suku akhir boleh dicapai. Andai melepasi suku akhir, itu pencapaian yang sangat baik kerana tiada kelab tempatan pernah berada di tahap itu,” katanya.
Musim lalu, impian JDT mara ke suku akhir lebur selepas tewas tipis 0-1 kepada Buriram United pada pusingan 16 terbaik.
Bagi musim ini, skuad Harimau Selatan diperkuatkan dengan pemain import baharu seperti Jairo Da Silva, Nelson Mendez, Teto Martin dan Antonio Glauder, serta bekas pemain Sri Pahang, Ibrahim Manusi. Tiga pemain warisan – Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel – turut menambah kekuatan pasukan.
Farizal berkata, saingan ACLE amat kompetitif kerana melibatkan kelab elit dari Jepun dan Korea Selatan yang memiliki standard tinggi.
“Kalau JDT berjaya sampai ke separuh akhir, mereka mungkin akan berdepan kelab gergasi Arab Saudi. Itu tahap yang sukar dibayangkan, tetapi saya harap JDT mampu pergi sejauh mungkin,” katanya.
JDT menjalani persiapan pramusim 2025/26 di Sepanyol dengan mengharungi lapan aksi persahabatan menentang kelab Eropah. – Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
