Berita Jenayah
Ketua penyamun akhirnya tumpas, ditembak mati di Bukit Tunku
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Seorang lelaki yang disyaki ketua kumpulan samun bersenjata maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis ketika Ops Api KL 3/2025 yang dijalankan di Jalan Bukit Tunku, pagi Rabu.
Suspek yang berusia 36 tahun itu merupakan warga tempatan dan dikenal pasti mempunyai sebanyak 44 rekod jenayah lampau yang melibatkan pelbagai kesalahan seperti samun, pecah rumah, pengedaran dadah dan jenayah kekerasan.
Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, kejadian berlaku apabila sepasukan polis cuba memintas sebuah kereta BMW dipandu suspek bagi tujuan pemeriksaan.
Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah anggota polis sehingga memaksa mereka melepaskan tembakan balas demi mempertahankan diri.
Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan BMW yang digunakan suspek mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tidak mempunyai sebarang rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kenderaan itu dipercayai telah diseludup masuk dari luar negara.
Turut ditemui dalam kenderaan tersebut ialah sepucuk pistol jenis revolver yang dipercayai digunakan suspek, sepasang vest polis, beberapa peralatan untuk tujuan pecah rumah serta sejumlah dadah.
Fadil berkata, kumpulan penjenayah yang diketuai suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah sejak tahun lalu membabitkan kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.
Mereka menyasarkan kediaman persendirian yang mempunyai peti keselamatan dan dipercayai melarikan jongkong emas serta wang tunai dengan jumlah kerugian keseluruhan mencecah lebih RM1 juta.
Kumpulan ini juga dipercayai menyamar sebagai anggota polis ketika melakukan jenayah dan turut terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.
Polis kini sedang giat mengesan dan memburu baki ahli kumpulan penjenayah tersebut yang dianggarkan terdiri daripada belasan individu.
Operasi susulan akan diteruskan bagi memastikan rangkaian jenayah ini dapat ditumpaskan sepenuhnya.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
