Berita Jenayah
Dua lelaki Rohingya ditahan bawa 6,000 pil kuda selepas kereta terbabas langgar lori di Gua Musang
GUA MUSANG, 22 Julai — Dua lelaki etnik Rohingya yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis bertindak membuat pusingan U sebelum kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah lori di Kilometer 9, Jalan Gua Musang–Kuala Lipis di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kedua-dua suspek yang berusia 36 dan 32 tahun berkenaan berjaya ditahan oleh pihak polis bersama rampasan 6,000 pil kuda bernilai anggaran RM60,000.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis sedang menjalankan pemeriksaan rawak menerusi Ops Tapis Bersepadu sebelum mengesan kenderaan Proton Preve yang dinaiki suspek.
Melihat tindakan suspek yang cuba melarikan diri, pihak polis dengan bantuan anggota dari Balai Polis Bertam telah bertindak mengejar kenderaan berkenaan.
“Kereta suspek akhirnya terbabas dan melanggar sebuah lori di Kampung Kuala Lah berhampiran simpang tiga Jerek-Meranto sebelum kedua-dua mereka berjaya ditahan.
“Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg silang mengandungi bungkusan plastik berisi 6,000 pil disyaki dadah jenis pil kuda dianggarkan bernilai RM60,000,” katanya menerusi kenyataan rasmi.
Sik Choon Foo menambah, polis turut merampas kenderaan Proton Preve yang digunakan, lima unit telefon bimbit, kunci kereta serta satu kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku memiliki bekalan dadah tersebut dan ujian saringan air kencing mengesahkan mereka positif dadah jenis methamphetamine. Semakan lanjut turut mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman berat jika disabitkan kesalahan, serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti rangkaian pengedaran dadah serta individu lain yang terlibat, di samping menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
