Berita Jenayah
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
ISKANDAR PUTERI 25 JULAI - Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memuat naik kandungan berunsur hasutan yang menghina agama Islam menerusi aplikasi Facebook.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata tangkapan dibuat kira-kira jam 1 pagi, Sabtu oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri susulan laporan polis yang diterima.
"Hasil semakan mendapati pemilik akaun Facebook 'Fadzil Zahari' berkongsi beberapa gambar tangkap layar yang dimuat naik oleh pemilik akaun 'Parthiban Ragu' yang mengandungi penghinaan terhadap agama Islam serta menggunakan ungkapan bersifat lucah terhadap ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW.
"Semakan turut mendapati suspek berusia 37 tahun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan polis merampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Katanya, suspek telah dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan dibenarkan direman selama empat hari sehingga hingga 28 Julai bagi membantu siasatan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau membangkitkan isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) yang boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
