Berita Jenayah
Pelajar, bapa dipukul di luar sekolah, polis tahan beberapa individu
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Polis menahan beberapa individu susulan insiden pergaduhan tular yang menyaksikan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun bersama bapanya dipukul di hadapan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seri Kembangan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad memaklumkan bahawa kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Menurut beliau, laporan polis diterima berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari pada 3 Julai lalu semasa mangsa sedang menuju ke motosikalnya di luar kawasan sekolah.
"Mangsa dipanggil beberapa pelajar sekolah sama sebelum dikepung dan dipukul oleh semua suspek," katanya dalam satu kenyataan.
Akibat serangan berkenaan, mangsa mengalami luka di bahagian bibir, lutut serta lebam pada seluruh badan. Bapa mangsa yang hadir cuba meleraikan pergaduhan turut menjadi sasaran serangan hingga terjatuh di atas jalan, mengakibatkan kecederaan pada tangan dan kaki.
Muhamad Farid berkata, pihak polis bekerjasama rapat dengan pentadbiran sekolah serta ibu bapa bagi memastikan kes berkenaan ditangani secara profesional dan berlandaskan undang-undang.
Siasatan dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. Pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi IPD Serdang di talian 03-8074 2222 atau balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
