Berita Jenayah
Lubuk samseng jalanan di Panchang Bedena digempur, 52 saman dikeluarkan, 9 motosikal disita
SUNGAI BESAR 19 Julai – Kawasan hotspot yang sering menjadi lubuk aktiviti samseng jalanan di Kilometer 45, Jalan Teluk Intan-Klang dekat Panchang Bedena di sini, lumpuh selepas digempur pihak polis dalam satu operasi khas.
Dalam operasi sekatan dan pemeriksaan yang bermula jam 11 malam semalam hingga 5 pagi tadi, sebanyak 52 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, manakala sembilan buah motosikal bertindak disita.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, sepanjang operasi penguatkuasaan itu dijalankan, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terperinci ke atas 87 individu serta 60 buah kenderaan yang melalui laluan berkenaan.
“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 52 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dikesan.
"Antaranya termasuklah kesalahan mengubah suai ekzos, menunggang tanpa lesen memandu, pamer nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, serta lampu obligatory (lampu wajib) yang tidak berfungsi.
“Kesalahan lain yang turut dikesan oleh anggota bertugas adalah menunggang di bawah umur, tiada perlindungan insurans, serta menggunakan lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan yang telah tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi media hari ini.
Mengulas mengenai tindakan penyitaan kenderaan, Md Yusof menjelaskan sembilan motosikal tersebut diambil tindakan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan melakukan ubah suai ekstrem serta struktur kenderaan yang tidak selamat digunakan di jalan raya.
Antara model motosikal yang paling banyak diambil tindakan dalam operasi kali ini membabitkan jenis Yamaha Y15ZR, Yamaha LC 135, Kawasaki RR, dan Yamaha 125ZR.
Sehubungan itu, beliau turut memberikan amaran keras kepada kumpulan samseng jalanan agar menghentikan segera sebarang aktiviti haram yang melanggar peraturan jalan raya serta mengancam keselamatan pengguna lain.
Tegas beliau, operasi penguatkuasaan yang agresif seperti ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sabak Bernam tanpa sebarang kompromi.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
