Berita Jenayah
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
IPOH 26 JULAI - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diserang dan diugut ketika mengeluarkan notis kompaun di Jalan Pengkalan Barat 35, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata suspek yang berusia 42 tahun dipercayai bertindak agresif dengan cuba melanggar mangsa menggunakan kenderaan, mengekori, menarik bahagian leher baju mangsa serta mengeluarkan ugutan.
Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan ringan susulan kejadian berkenaan telah membuat laporan polis.
“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah berjaya menahan suspek pada 25 Julai, kira-kira 12.40 tengah hari bagi membantu siasatan.
“Permohonan reman akan dibuat bagi melengkapkan siasatan. Polis memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghalang, menyerang atau mengugut penjawat awam ketika menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
