Berita Sukan
Kelantan mungkin negeri terakhir jadi tuan rumah SUKMA - Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini dalam pertimbangan untuk menjadikan edisi Sukan Malaysia (Sukma) di Kelantan sebagai yang terakhir dianjurkan oleh negeri dalam pusingan semasa, bagi membuka laluan kepada pelaksanaan model penganjuran baharu temasya dwitahunan itu.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, cadangan itu dilihat selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan pendekatan lebih lestari dan konsisten dalam pelaksanaan Sukma, sekali gus mengurangkan isu pemilihan sukan yang disesuaikan untuk kelebihan negeri tuan rumah.
Beliau menjelaskan bahawa selepas Kelantan, semua negeri sudah pernah menjadi tuan rumah Sukma, justeru tiba masa untuk menilai semula sistem penganjuran dengan mempertimbangkan untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada Putrajaya atau Majlis Sukan Negara (MSN).
"Selepas Kelantan, tamat pusingan. Setiap negeri sebelum ini memilih sukan yang beri kelebihan untuk pingat dan menyebabkan ada sukan tertentu digugurkan. Jadi kita mahu kaji semula demi memastikan kesinambungan pembangunan atlet dapat diwujudkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pecah Tanah ibu pejabat baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dikenali sebagai 'Olympic House' di Bukit Jalil hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Dalam pada itu, Hannah turut menyeru semua pihak supaya menghormati hak negeri Selangor selaku tuan rumah Sukma 2026 dalam membuat keputusan berhubung pemilihan sukan yang akan dipertandingkan.
Katanya, walaupun pendekatan baharu sedang dipertimbangkan, keputusan bagi penganjuran Sukma masih terletak di bawah bidang kuasa negeri tuan rumah yang telah dipilih sebelum ini.
Sementara itu, beliau turut menzahirkan rasa teruja terhadap pembinaan Olympic House yang dijadual siap menjelang 2028. Ibu pejabat baharu itu disifatkan sebagai pencapaian penting dalam usaha memperkasa pembangunan sukan negara secara menyeluruh.
"Apabila semua persatuan sukan bernaung di bawah satu bumbung, kita berharap akan wujud satu sinergi yang lebih mantap dalam mentadbir dan menyokong atlet negara," katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
