Berita Jenayah
Suspek pecah rumah rempuh polis sampai mati miliki 77 rekod jenayah, geng dikenal pasti 'tour' dari Johor
ALOR SETAR, 8 Ogos – Empat suspek yang ditahan selepas merempuh seorang anggota polis hingga maut dalam insiden pecah rumah di Taman Golf di sini semalam disahkan berasal dari Johor dan memiliki pelbagai rekod jenayah lampau.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua suspek lelaki berusia antara 24 hingga 26 tahun itu dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah rentas negeri termasuk kes pecah rumah, curi kenderaan serta kesalahan berkaitan dadah.
“Salah seorang suspek berusia 26 tahun mempunyai sebanyak 77 rekod jenayah, manakala tiga lagi masing-masing mempunyai 30, enam dan dua rekod lampau. Umur mereka masih muda, namun jumlah rekod yang dimiliki sangat membimbangkan,” katanya dalam laporan Kosmo Online ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Lexus yang digunakan suspek dipercayai memakai nombor pendaftaran palsu.
Polis turut menyiasat sama ada kumpulan itu masuk ke negeri ini semata-mata untuk melakukan jenayah atau berdasarkan maklumat dalaman.
“Kita sedang meneliti kemungkinan wujud elemen pecah rumah secara rawak atau berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada individu lain.
"Rumah yang dipecah masuk ketika kejadian tidak berpenghuni dan peti besi yang cuba dibawa lari juga gagal dikeluarkan,” katanya.
Adzli berkata, semua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut selepas dirempuh dan digilis kenderaan suspek ketika cuba menahan mereka.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan difahamkan meninggalkan seorang isteri serta empat anak. Kesemua suspek berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian. – Media Telus
Berita berkaitan
May 4, 2026, 9:16 am
Hina Sultan Selangor: Lelaki ditahan di Bukit Mertajam
May 2, 2026, 6:01 pm
Kanak-kanak 10 tahun maut, pemandu Hilux positif ganja rempuh laluan bertentangan
May 2, 2026, 12:09 pm
Penuntut kolej maut dengan 61 kesan tikaman, empat suspek ditahan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
