Berita Jenayah
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
ALOR SETAR 27 April – Polis mengesahkan kejadian seorang lelaki berusia 38 tahun ditumbuk sehingga jatuh di hadapan rumahnya di Titi Gajah, dalam satu insiden yang tular menerusi sebuah video berdurasi satu minit 22 saat sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian tersebut sebenarnya berlaku pada 20 April lalu sekitar jam 10 pagi, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan isteri suspek dua hari sebelum itu.
Menurut beliau, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi memaparkan suspek yang berusia 41 tahun menumbuk mangsa sehingga terjatuh. Akibat kejadian itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas mengalami gejala muntah dan pening yang berlarutan.
"Mangsa dimasukkan ke wad kecemasan dan diberikan ubat sawan untuk pemerhatian. Doktor mengesyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman di bahagian kepala dan telah menasihatkan mangsa untuk membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi hari ini.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kepala Batas pada Rabu lalu. Setakat ini, pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa, suspek, serta tiga orang saksi bagi membantu siasatan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. Pihak polis turut menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan melulu yang menyalahi undang-undang bagi menyelesaikan sebarang perselisihan faham.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
