Berita Jenayah
Polis tumpas sindiket dadah bernilai hampir RM15 juta, dua wanita ditahan di KLIA dan Negeri Sembilan
SHAH ALAM 28 April - Polis Selangor menumpaskan sindiket pengedaran dadah berskala besar melibatkan rampasan bunga ganja seberat 183.7 kilogram (kg) bernilai RM14.7 juta menerusi dua operasi berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata, operasi pada 21 dan 23 April lalu yang dijalankan bersama polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) KLIA membawa kepada penahanan dua wanita dipercayai dalang dan keldai sindiket.
“Pada 21 April, polis dari bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA menahan seorang wanita tempatan di sekitar Mambau, Negeri Sembilan.
“Pemeriksaan lanjut di kediamannya menemukan 18 guni berisi 289 bungkusan bunga ganja seberat 153.7 kg bernilai RM12.3 juta.
“Serbuan kedua apabila polis MAHB KLIA mengesan dua bagasi berisi 60 bungkusan dadah seberat 30 kg bernilai RM2.4 juta.
“Pemilik bagasi yang merupakan wanita warga asing itu turut ditahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Kedua-dua suspek berusia 34 dan 24 tahun itu masing-masing warga tempatan dan warga asing.
Menurut Shazeli, wanita warga asing yang ditahan di KLIA dipercayai menggunakan Malaysia sebagai lokasi transit sebelum membawa dadah berkenaan ke luar negara dengan ganjaran lumayan termasuk kos penerbangan percuma.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, jumlah keseluruhan rampasan itu dianggarkan mampu menampung penggunaan sehingga 613,000 individu pada satu-satu masa.
“Rampasan ini membuktikan kewujudan sindiket dadah berskala besar yang aktif dan terancang serta memberi ancaman serius kepada masyarakat.
“Orang ramai diingatkan agar tidak terlibat sebagai keldai dadah dengan menerima tawaran membawa bagasi atau barangan milik pihak lain tanpa mengetahui kandungannya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui rampasan tersebut menunjukkan wujud permintaan tinggi terhadap bunga ganja di luar negara.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
