Berita Jenayah
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
NIAH 24 April – Seorang lelaki warga asing berusia 37 tahun ditahan polis selepas dipercayai mengugut mahu membunuh adik perempuannya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Ladang Suai 2, Jalan BLD, Ulu Suai, semalam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa pada jam 1.44 petang oleh mangsa yang berusia 35 tahun selepas berasa terancam dengan tindakan abang kandungnya itu.
Bertindak atas maklumat, polis melancarkan operasi mengesan suspek sebelum berjaya memberkasnya dalam satu serbuan di sebuah pondok kebun berhampiran Ladang Sawit Wilmar Suai 1.
"Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi tangkapan, polis merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian ugutan tersebut. Selain itu, polis turut menemui selaras senapang patah buatan sendiri bersama enam butir peluru milik suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Farhan turut memaklumkan bahawa ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah. Suspek kini direman selama empat hari sehingga 27 April bagi membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah serta Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
