Berita Jenayah
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
PUTRAJAYA 24 April – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan seramai 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) hasil operasi penguatkuasaan di lapan premis berasingan di sekitar Selangor pada Khamis.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya itu tertumpu di kawasan Semenyih, Jenjarom, Seri Kembangan, Cheras dan Serdang bermula kira-kira jam 11 pagi.
Beliau menjelaskan bahawa operasi tersebut dijalankan hasil risikan selama dua minggu dan maklumat orang awam, melibatkan kekuatan seramai 52 pegawai pelbagai pangkat.
"Hasil pemeriksaan terhadap 88 individu mendapati seramai 45 warga asing berusia antara 29 hingga 50 tahun melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Mereka terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar, India, Nepal dan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zakaria turut memaklumkan bahawa sembilan saman saksi telah dikeluarkan kepada warga tempatan bagi membantu siasatan lanjut, manakala kesemua PATI yang ditahan telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih.
Tegas beliau, pihak JIM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas bukan sahaja terhadap warga asing yang melanggar undang-undang, malah terhadap majikan yang didapati sengaja melindungi atau menggaji pekerja asing secara tidak sah.
Berita berkaitan
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
Taktik sunting resit QR beli rokok terbongkar, sepasang kekasih ditahan
April 21, 2026, 11:23 am
Padah buat aksi 'wheelie' depan sekolah, dua penunggang motosikal ditahan
April 20, 2026, 10:25 am
Warga emas 71 tahun ditahan tembak mati tiga individu di Kota Tinggi
April 18, 2026, 4:46 pm
Lelaki Pakistan ditahan cabul kanak-kanak 11 tahun di kedai runcit
April 18, 2026, 2:02 pm
