Berita Jenayah
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
GERIK 24 April – Seorang penganggur warga tempatan ditahan polis selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di sini, semalam.
Suspek yang berusia 55 tahun ditahan di Hentian Bas Gerik kira-kira jam 9.45 malam, susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang berusia 25 tahun pada jam 5.57 petang hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 3.33 petang ketika mangsa sedang bertugas sebelum menyedari perlakuan suspek yang mencurigakan.
"Mangsa terdengar bunyi mencurigakan sebelum bertindak memeriksa dan mendapati seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap dirinya. Mangsa kemudian merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit serta menegur suspek sebelum lelaki berkenaan beredar dari lokasi," katanya dalam satu kenyataan.
Hasil siasatan awal mendapati suspek yang belum pernah berkahwin itu juga dilaporkan mempunyai sejarah menerima rawatan berkaitan masalah kesihatan mental.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
