Berita Jenayah
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
KUALA LUMPUR 27 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti pemilik akaun Facebook “Huayan The Pureland Learning Centre” yang didakwa memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, setakat ini sebanyak 21 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berhubung isu berkenaan.
Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk proses merampas peranti yang digunakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Seramai 21 saksi termasuk pelapor telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan bahawa PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk menyentuh isu sensitif melibatkan 3R (agama, raja, dan kaum).
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman denda, penjara, atau kedua-duanya sekali mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam perkongsian kandungan di media sosial, memandangkan kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mempunyai batasan tertentu, terutamanya yang melibatkan ketenteraman awam dan institusi diraja.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
