Berita Sukan
Azeem Fahmi bawa pulang emas 100m di Terbuka India
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Muhammad Azeem Fahmi membuktikan statusnya sebagai pelari pecut kebangsaan apabila menjuarai acara 100 meter (m) di Terbuka India, sebentar tadi.
Atlet yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mencatat masa 10.35 saat (s) pada aksi final di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, sekali gus menewaskan pencabar terdekat dari Sri Lanka, Chamod M Yodhasinghe yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan 10.43s.
Seorang lagi wakil Malaysia, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, melengkapkan senarai tiga pelari terpantas selepas mencatat masa 10.50s.
Walaupun meraih emas, catatan Azeem masih jauh daripada rekod kebangsaan miliknya, 10.09s, dan juga tidak mampu mengatasi rekod terbaik musim ini, 10.20s.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
