Berita Hiburan
Anna Jobling hargai jasa ibu di sebalik kemelut keluarga
PETALING JAYA 15 Ogos – Dalam keadaan hubungan yang masih tegang, pelakon Anna Jobling tetap menzahirkan penghargaan terhadap ibunya, Ariz Arop, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25.
Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling turut mengimbau pengorbanan ibunya dalam membentuk kehidupannya.
“Terima kasih mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik (panggilan). Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” katanya dalam hantaran di InstaStory.
Menurut pelakon drama Setia Itu Mahal itu, setiap ucapan yang diterima menjadikan sambutan hari lahirnya lebih bermakna.
“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna,” ujarnya.
Selebriti berdarah campuran Melayu-Inggeris itu turut bersyukur dikelilingi insan yang sentiasa memberi sokongan.
“Saya berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi insan yang hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu ini,” katanya.
Difahamkan, kemelut antara Anna dan ibunya masih berlarutan selepas Ariz mendedahkan menerima perintah injunksi daripada anaknya pada Disember tahun lalu. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
