Berita Ekonomi
Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku tahun kedua 2025
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bertumbuh sebanyak 4.4 peratus pada suku tahun kedua 2025, mengekalkan kadar pertumbuhan yang sama seperti suku tahun pertama.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, bagi terma pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK meningkat 2.1 peratus, berbanding 0.7 peratus pada suku pertama.
“Pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ini disokong oleh prestasi kukuh dari segi penawaran, terutamanya dalam sektor Perkhidmatan, Pembuatan dan Pembinaan.
“Sektor Perkhidmatan berkembang 5.1 peratus, sektor Pembuatan menyederhana kepada 3.7 peratus, sektor Pembinaan mencatatkan pertumbuhan kukuh 12.1 peratus, sektor Pertanian meningkat 2.1 peratus, manakala Sektor Perlombongan & pengkuarian menyusut 5.2 peratus.
“Ketahanan ekonomi Malaysia dapat dilihat melalui kekuatan permintaan domestik yang berterusan, didorong oleh perbelanjaan pengguna dan pengeluaran perindustrian, walaupun permintaan luar lebih lemah,” katanya pada sidang akhbar prestasi ekonomi suku kedua tahun 2025 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di sini hari ini. – Media Telus
Berita berkaitan
July 22, 2026, 3:03 pm
Berhenti tepuk tangan gembira bila bangsa usahawan jatuh — Azizan Osman
July 9, 2026, 4:02 pm
OPR kekal 2.75 peratus, ekonomi semakin kukuh
July 8, 2026, 3:08 pm
Dr. Hanafi dilantik CEO baharu Estika Medispa, catat lonjakan jualan 100 peratus
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
