Berita Hiburan
Beego tak hadir mahkamah, belum sedia ceraikan Linda Hashim
KUALA LUMPUR 19 Ogos – Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Beego dan Linda Hashim dijangka berlarutan apabila sesi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini, tidak dapat diteruskan selepas Beego gagal hadir.
Peguam yang mewakili Beego, Muhammad Akmal Amzan, berkata anak guamnya tidak hadir kerana mengalami masalah kesihatan.
“Beego hubungi saya pagi tadi memaklumkan dia tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Suaranya pun kedengaran serak-serak basah, mungkin disebabkan batuk dan selsema,” katanya ketika ditemui di mahkamah.
Menurut Akmal, Beego masih berharap masalah rumah tangga itu dapat diselesaikan secara damai tanpa perlu melalui proses hakam.
“Kalau dapat selesai cara damai kita cuba. Kalau tidak, kita cuba cari persetujuan bersama. Namun, Beego sebenarnya belum bersedia untuk bercerai,” jelasnya.
Sementara itu, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata beliau berharap perbicaraan hari ini dapat diselesaikan dengan baik dan enggan kes berlarutan sehingga ke peringkat hakam.
“Sebolehnya saya tak mahu kes ini dibawa ke hakam, tetapi jika perlu, kami akan akur dan teruskan proses sehingga selesai,” katanya.
Untuk rekod, pada 23 April lalu, pasangan itu selesai menjalani proses JKP berhubung kes perceraian mereka sebelum mahkamah menetapkan 30 Jun untuk mendengar laporan. Prosiding itu bagaimanapun ditunda ke hari ini.
Linda memfailkan perceraian awal Januari lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.
Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
